Tuesday, 18 June 2013

REKREASI RIADAH ROHANI DAN JASMANI

Assalamualaikum w.b.t...

Blog ini diwujudkan untuk memberi sedikit informasi berkenaan rekreasi dan juga memenuhi tuntutan subjek kokurikulum rekreasi HSM 225. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Faridah kerana telah banyak membantu kami dalam subjek ini dan sesungguhnya dapat menyedarkan kami bahawa berekreasi itu sangat penting demi menjamin kualiti hidup dan kesihatan :)


Blogger:

1.MOHAMMAD ALIF ZUHAIRI BIN MOHD FADZLI (2011153391)
2.MUHAMMAD NASRI BIN ISMAIL (2011716267)
3.FARID BIN YUSOP (2011335385)
4.MOHD FADZLI BIN HARON (2011119935)

ORIENTEERING

 Assalamualaikum WBT. 

   "Orienteering" merupakan salah satu sukan yang amat popular pada masa kini. Ia diperkenalkan oleh Major Ernst Killander yang digelar sebagai "Bapa Orienteering" setelah mengubahsuai menjadi satu sukan yang kompetatif, berperaturan dan diterima ramai pada tahun 1918.  Bagi seseorang yang menyertai sukan orienteering, aspek-aspek yang perlu diambil kira adalah stamina, daya ketahanan dan kecekapan berlari yang betul mengikut keadaan persekitaran. Selain itu, kekuatan mental juga amat dititik berat kerana aktiviti ini memberi cabaran yang tinggi dan kemungkinan berisiko. Oleh itu keadaan mental yang stabil adalah penting agar diri dapat disesuaikan mengikut keadaan tertentu.


   Orienteering adalah sejenis sukan berkaitan dengan pengetahuan dan teknik-teknik pergerakan dari satu tempat ke satu tempat berpandukan pembacaan kompas dan peta serta klu yang terdapat di lokasi tertentu. Ia bertambah menarik dan adventure sekiranya dilakukan di dalam hutan. Sukan ini memerlukan keseimbangan koordinasi fizikal dan mental agar berjaya mengikuti lokasi-lokasi ingin dituju. Orienteering juga boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure hunt). Kebiasaanya kompas dan peta telah disetkan dan disusun arah tuju di mana titik mula, titik-titik mewakili tempat yang harus dilalui dan titik penamat telah ditandakan di atas peta sebagai panduan bagi orienteer. Peta yang sesuai untuk sukan ini haruslah mengandungi nama tempat, skala, petunjuk, arah utara peta, sela kontur dan garisan-garisan utara. Selain itu warna-warna di dalam peta juga memainkan peranan penting sebagai panduan bagi orienteer seperti warna hitam (ciri buatan manusia dan batu), biru (ciri air), perang (kontur dan jalanraya), putih (tumbuhan atau hutan - berlari), hijau (tumbuhan atau hutan - berjalan/redah) dan kuning (tumbuhan - terbuka). Ini adalah penting agar peserta dapat menyesuaikan diri dan bertindak dengan tepat berdasarkan persekitaran yang dilalui.




   Selain itu, kemahiran mengguna dan membaca kompas juga amat penting kerana ia membantu bagi mengenal pasti dan menunjuk arah untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Antara kompas yang biasa digunakan adalah kompas prismatik dan kompas silva. Kompas prismatik adalah kompas yang terdiri daripada tembaga dan mempunyai dua penutup kaca dan di bawah sekali adalah kad kompas. Arah utara ditandakan dengan warna putih berkilau manakala arah-arah yang lain ditandakan dengan huruf. Unit bagi kompas prismatik adalah dalam unit mil. Manakala kompas silva pula memiliki cermin yang jelas memudahkan pembacaan dilengkapi dengan garisan dalam unit sentimeter dan inci sesuai untuk mengukur besar sudut peta.

Kompas Prismatik

Kompas Silva

Pembacaan bearing juga amat penting di mana ia membantu orienteer dengan menunjukkan sudut atau arah yang perlu dituju bagi tiba ke destinasi seterusnya dengan selamat. Bacaan bearing adalah 0°/360° (utara), 45° (timur laut), 90° (timur), 135° (tenggara), 180° (selatan), 225° (barat daya), 270° (barat) dan 315° (barat laut).

   Orienteering juga boleh dilakukan dengan menggunakan tenik lain selain kompas dan peta seperti mengikut panduan angin. Teknik membaca angin memerlukan kemahiran yang tinggi kerana dan cara yang betul dan tepat kerana ia kelazimannya bergantung kepada keadaan cuaca dan hari. Selain itu, teknik melihat pergerakan matahari dan berpandukan arah utara, selatan, timur dan barat, kumpulan bintang (pada waktu malam) dan pengaliran sungai turut biasa digunakan bagi para orienteer

Peralatan Orienteering
  • Kompas orienteering/primastik
  • Peta orienteering
  • Parang
  • Peralatan pertolongan cemas
  • Botol air
  • Kasut yang sesuai
  • Wisel (setiap peserta)
  • Alat tulis dan buku nota kecil
  • Pakaian yang sesuai
  • Lain-lain alatan yang berkaitan



Terminologi Dan Peralatan

Titik kawalan (Control point)

Titik kawalan adalah suatu kedudukan yang telah ditentukan dan perlu dilawati oleh setiap peserta. Kedudukan ini merupakan ciri-ciri tersebut mestilah wujud atau telah dipandu mengikut arahan di dalam aktiviti ini. Kedudukan ini boleh dikatakan sebagai Titik Pemeriksaaan (Check point) tetapi apa yang menarik ialah kedudukan ia tidak terkawal dan dijaga oleh sesiapa.



Kad kawalan (Control card)

Mengandungi maklumat penting iaitu jarak dan arah bearing ‘check point’ seterusnya. Para peserta perlu mencari kad ini yang di sembunyikan di setiap ‘check point’ yang telah ditetapkan. Peserta perlu menghabiskan kesemua ‘check point’ dalam masa yang terpantas. Kumpulan yang mencatatkan masa terpantas akan di kira sebagai pemenang.



Tanda-tanda di sesuatu ‘point

Bendera akan dijadikan sebagai tanda panduan lokasi check point. Ia di perbuat daripada fabrik dan di gantung di atas ‘ triangular boxkite’ yang berbentuk seperti rangka wayar. Tiga perempat daripada permukaan kain akan di lukis dengan segitiga berwarna putih di bahagian atas dan segitiga berwarna jingga pula di bahagian bawah. Satu atau lebih alat penebuk lubang akan di letakkkan sebelah menyebelah dengan bendera dan kod kawalan. Kod kawalan merupakan salah satu fakta untuk mendapatkan lokasi check point seterusnya. Kebanyakkan peserta akan mencatatkan kod kawalan di atas kad kawalan yang di simpan dalam satu kotak. Tujuannya untuk memastikan penebukan lubang di bahagian kad kawalan yang salah tidak akan berlaku semasa berada di sesuatu check point.




Jenis-jenis Orienteering
  • Orienteering Merentas Desa (Cross Country Orienteering)
  • Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
  • Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
  • Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
  • Orienteering Malam (Night Orienteering)
  • Orienteering Berganti-Ganti (Relay Orienteering)
  • Norwegian Event
Langkah-langkah Keselamatan
  • Semasa menjalankan aktiviti orienteering, peserta memakai pakaian yang bersesuaian dan dapat melindungi tubuh daripada mendapat luka.
  • Memastikan peti kecemasan mengandungi ubat-ubatan dan keperluan lain mencukupi.
  • Membawa peralatan seperti wisel, parang, lampu suluh, nilon untuk tujuan keselamatan dan memudahkan perjalanan.
  • Dilarang berehat di bawah pokok yang mempunyai dahan yang reput.
  • Jika menjumpai kesan tapak tapak kaki yang mencurigakan atau binatang buas segera meninggalkan tempat tersebut.
  • Dilarang tidur di dalam hutan
  • Jika sesat, tiup wisel untuk menarik perhatian orang yang berhampiran.
  • Jika mengalami kecederaan segera meminta pertolongan daripada orang yang terdekat.
  • Jika kompas gagal berfungsi, ini mungkin disebabkan oleh bahan-bahan galian, kabel elektrik atau batu yang mempunyai medan magnetik, peserta harus meninggalkan tempat tersebut dan mencari tempat di mana kompas dapat berfungsi dengan baik.


SELAMAT BERORIENTEERING! =)

TALI & IKATAN

Assalamualaikum w.b.t...

 Simpul adalah ikatan pada tali yang dibuat dengan sengaja untuk keperluan tertentu. Terdapat beberapa jenis ikatan dan simpulan tali yang kerap digunakan dalam kehidupan seharian. Antaranya ialah:







BERKAYAK/CANOEING

Assalamualaikum w.b.t...

Berkayak adalah salah satu rekreasi air yang popular di dunia. Dengan ciri-ciri keselamatan yang lengkap akan membolehkan rekreasi air seperti kayak menjadi salah satu sukan air yang amat digemari.


   ANATOMI KAYAK
Sebagaimana fizikal manusia,kayak mempunyai bahagian-bahagian yang penting dalam menentukan prestasinya. Secara amnya, semua kayak mempunyai bahagian-bahagian berikut namun berbeza dari segi saiz, bahan binaan dan bentuknya.

Bow dan Stern ( Haluan dan Buritan )
Bahagian muncung hadapan dan belakang kayak.berbentuk tajam dan bulat. Bow adalah muncung bahagian hadapan manakala Stern adalah muncung bahagian belakang. Kedudukan kedua-dua bahagian ini kadangkala amat mengelirukan. Oleh itu, bahagian ini boleh ditentukan dengan meninjau bentuk coaming dan arah tempat duduk sesebuah kayak.Bahagian ini amat mudah rosak jika tidak dikendalikan dengan baik.Fungsi utamanya ialah untuk memotong air dan memecah ombak selain menjadi panduan arah tujuan kayak.
Hull
Dinding lantai, geladak bahagian bawah kayak.Ia mempunyai bentuk yang berbeza-beza bergantung kepada jenis dan kegunaan sesebuah kayak itu.


Deck ( Geladak Atas )
Dinding bahagian atas kayak di mana terletaknya cockpit.Ia berfungsi menutup bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pendayung serta memudahkan kemahiran gulingan.Dek hadapan di panggil foredeck manakala dek belakang dipanggil aftdeck.
Toggles
Sejenis tali atau tempat pemegang yang terdapat di bahagian hujung bow dan stern.Kegunaannya ialah memudahkan anda mengangkat sesebuah kayak, berpaut apabila terbalik dan mengikatnya ketebing.
Cockpit
Ruangan yang terletak ditengah-tengah kayak dan di antara foredeck dan aftdeck. Ia meruapakan kawasan di mana pendayung duduk di dalamnya.Bahagian hadapan dan belakang kayak boleh ditentukan dengan melihat kepada bahagian cockpit. Bahagian hadapannya berbentuk lebih kecil berbanding bahgian belakang.
Tempat Duduk ( Seat )
Tempat duduk pendayung yang terletak di dalam cockpit. Ia terbahagi kepada beberapa jenis iaitu tempat duduk standart ( mempunyai saiz yang tetap) , tempat duduk sederhana ( untuk kegunaan rekreasi ) , tempat duduk ketat ( untuk kegunaan aktiviti rodeo dan arus deras ) dan tempat duduk boleh laras.
 Coaming
Bahagian tepi yang kecik dan nipis mengelilingi cockpit. Berfungsi untuk menghalang air dari memasuki cockpit dan tempat untuk mengikat spray cover.
Knee Brace
Terdapat di bahagian bawah coaming di bahagian foredeck.Fungsi utamanya ialah untuk menyokong lutut pepedayung dan memberikan cengkaman kaki pedayung lebih kuat terhadap kayaknya. Ia hanya terdapat pada kayak arus deras dan slalom sahaja.
Towline/Deckline
Tali yang diikat dari hujung bow kesisi kiri dan kanan coaming hingga ke bahagian stern. Ia berfungsi sebagai tali untuk menyelamat, menunda, mengikat alatan dan mengikat kayak. Tidak semua kayak memiliki towline.
Keel
Terletak di bahagian bawah geladak bawah kayak Fungsi utamanya ialah untuk membelah arus dan bertindak sebagai kemudi. Ia membolehkan sesebuah kayak itu bergerak lurus dengan cepat. Tidak semua kayak mempunyai keel.
 Buoyancy ( Bahan Apungan )
Bahan apungan yang terdapat di dalam kayak. Ia terletak di bawah deck di bahagian bow dan stern. Fungsi utamanya ialah untuk mengapungkan kayak apabila terbalik dan di masuki air. Selain itu, ia juga mengukuhkan dan menyokong bahagian geladak atas dan bawah. Secara amnya, terdapat tiga jenis buoyancy iaitu Beg Udara, Foam dan Polisterin.
Footrest
Terletak di bahagian foredeck dan merupakan tempat meletak kaki pedayung. Ia berfungsi memberikan daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih yang di hasilkan melalui kombinasi pergerakan tangan , bahu, lowerback dan kaki terhadap footrest.
Hatches
Lubang berpenutup yang terdapat di tengah bahagian foredeck dan aftdeck.Fungsinya ialah untuk menyimpan peralatan diri dan perkhemahan. Saiz hatches ini bergantung kepada saiz dan bentuk kayak itu sendiri. Ia hanya terdapat pada kayak laut





PERALATAN ASAS BERKAYAK.

 KAYAK
 Bergantung kepada jenis kayak dan keadaan air.
PENDAYUNG
 Tangan kita amat memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan kayak dengan
 menggunakan pendayung ini.
JAKET APUNGAN KESELAMATAN
  Dipakai dibahagian badan bagi tujuan mengapungkan si pemakai apabila berada di dalam air.
 Merupakan bahagian yang penting sekali dalam membuat aktiviti berasaskan air. Tak kira anda
 bijak atau cekap dalam berenang, anada diwajibkan memakai Jaket ini apabila berada di air.
TOPI KESELAMATAN
 Berfungsi melindungi kepala kita daripada terantuk di permukaan yang keras. selalu digunakan
 apabila berkayak di Jeram.
 SKIRT KAYAK
 Dipakai dibahagian pinggang si pemakai. Berfungsi mengelakkan air dari masuk ke dalam kayak.
 Juga biasa digunakan dalam aktiviti Kayak Arus Deras.
BOOTIES
 Merupakan kasut yang dipakai semasa berkayak. Tidak sesuai untuk memakai kasut biasa atau
 selipar sewaktu berkayak. Booties bertujuan melindungi kaki dari terpijak benda tajam di dalam air.


 AUSTRALIA: PERCUTIAN KAYAK TERINDAH
 Dari serokan yang tenang dan air buri ke sungai dan gaung yang indah, Australia menyediakan banyak tempat untuk berdayung.  Berkanu menyusuri Blackwood River yang berliku-liku melalui barat daya Western Australia atau sepanjang jalan air tenang yang berselirat di Coorong di South Australia.  Berkayak laut dari St Kilda Beach di Melbourne atau di bawah Harbour Bridge di Sydney.  Berakit merentasi jeram yang mengganas di Franklin River di Tasmania atau Tully River di North Queensland.  Berkanu atau berkayak merentasi Katherine Gorge di Northern Territory atau berdayung di sekeliling Lake Burley Griffin di Canberra.  Sewa sebuah kayak untuk beberapa jam atau luangkan beberapa hari berkanu safari melalui salah satu taman negaranya yang asli.