Tuesday, 18 June 2013

ORIENTEERING

 Assalamualaikum WBT. 

   "Orienteering" merupakan salah satu sukan yang amat popular pada masa kini. Ia diperkenalkan oleh Major Ernst Killander yang digelar sebagai "Bapa Orienteering" setelah mengubahsuai menjadi satu sukan yang kompetatif, berperaturan dan diterima ramai pada tahun 1918.  Bagi seseorang yang menyertai sukan orienteering, aspek-aspek yang perlu diambil kira adalah stamina, daya ketahanan dan kecekapan berlari yang betul mengikut keadaan persekitaran. Selain itu, kekuatan mental juga amat dititik berat kerana aktiviti ini memberi cabaran yang tinggi dan kemungkinan berisiko. Oleh itu keadaan mental yang stabil adalah penting agar diri dapat disesuaikan mengikut keadaan tertentu.


   Orienteering adalah sejenis sukan berkaitan dengan pengetahuan dan teknik-teknik pergerakan dari satu tempat ke satu tempat berpandukan pembacaan kompas dan peta serta klu yang terdapat di lokasi tertentu. Ia bertambah menarik dan adventure sekiranya dilakukan di dalam hutan. Sukan ini memerlukan keseimbangan koordinasi fizikal dan mental agar berjaya mengikuti lokasi-lokasi ingin dituju. Orienteering juga boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure hunt). Kebiasaanya kompas dan peta telah disetkan dan disusun arah tuju di mana titik mula, titik-titik mewakili tempat yang harus dilalui dan titik penamat telah ditandakan di atas peta sebagai panduan bagi orienteer. Peta yang sesuai untuk sukan ini haruslah mengandungi nama tempat, skala, petunjuk, arah utara peta, sela kontur dan garisan-garisan utara. Selain itu warna-warna di dalam peta juga memainkan peranan penting sebagai panduan bagi orienteer seperti warna hitam (ciri buatan manusia dan batu), biru (ciri air), perang (kontur dan jalanraya), putih (tumbuhan atau hutan - berlari), hijau (tumbuhan atau hutan - berjalan/redah) dan kuning (tumbuhan - terbuka). Ini adalah penting agar peserta dapat menyesuaikan diri dan bertindak dengan tepat berdasarkan persekitaran yang dilalui.




   Selain itu, kemahiran mengguna dan membaca kompas juga amat penting kerana ia membantu bagi mengenal pasti dan menunjuk arah untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Antara kompas yang biasa digunakan adalah kompas prismatik dan kompas silva. Kompas prismatik adalah kompas yang terdiri daripada tembaga dan mempunyai dua penutup kaca dan di bawah sekali adalah kad kompas. Arah utara ditandakan dengan warna putih berkilau manakala arah-arah yang lain ditandakan dengan huruf. Unit bagi kompas prismatik adalah dalam unit mil. Manakala kompas silva pula memiliki cermin yang jelas memudahkan pembacaan dilengkapi dengan garisan dalam unit sentimeter dan inci sesuai untuk mengukur besar sudut peta.

Kompas Prismatik

Kompas Silva

Pembacaan bearing juga amat penting di mana ia membantu orienteer dengan menunjukkan sudut atau arah yang perlu dituju bagi tiba ke destinasi seterusnya dengan selamat. Bacaan bearing adalah 0°/360° (utara), 45° (timur laut), 90° (timur), 135° (tenggara), 180° (selatan), 225° (barat daya), 270° (barat) dan 315° (barat laut).

   Orienteering juga boleh dilakukan dengan menggunakan tenik lain selain kompas dan peta seperti mengikut panduan angin. Teknik membaca angin memerlukan kemahiran yang tinggi kerana dan cara yang betul dan tepat kerana ia kelazimannya bergantung kepada keadaan cuaca dan hari. Selain itu, teknik melihat pergerakan matahari dan berpandukan arah utara, selatan, timur dan barat, kumpulan bintang (pada waktu malam) dan pengaliran sungai turut biasa digunakan bagi para orienteer

Peralatan Orienteering
  • Kompas orienteering/primastik
  • Peta orienteering
  • Parang
  • Peralatan pertolongan cemas
  • Botol air
  • Kasut yang sesuai
  • Wisel (setiap peserta)
  • Alat tulis dan buku nota kecil
  • Pakaian yang sesuai
  • Lain-lain alatan yang berkaitan



Terminologi Dan Peralatan

Titik kawalan (Control point)

Titik kawalan adalah suatu kedudukan yang telah ditentukan dan perlu dilawati oleh setiap peserta. Kedudukan ini merupakan ciri-ciri tersebut mestilah wujud atau telah dipandu mengikut arahan di dalam aktiviti ini. Kedudukan ini boleh dikatakan sebagai Titik Pemeriksaaan (Check point) tetapi apa yang menarik ialah kedudukan ia tidak terkawal dan dijaga oleh sesiapa.



Kad kawalan (Control card)

Mengandungi maklumat penting iaitu jarak dan arah bearing ‘check point’ seterusnya. Para peserta perlu mencari kad ini yang di sembunyikan di setiap ‘check point’ yang telah ditetapkan. Peserta perlu menghabiskan kesemua ‘check point’ dalam masa yang terpantas. Kumpulan yang mencatatkan masa terpantas akan di kira sebagai pemenang.



Tanda-tanda di sesuatu ‘point

Bendera akan dijadikan sebagai tanda panduan lokasi check point. Ia di perbuat daripada fabrik dan di gantung di atas ‘ triangular boxkite’ yang berbentuk seperti rangka wayar. Tiga perempat daripada permukaan kain akan di lukis dengan segitiga berwarna putih di bahagian atas dan segitiga berwarna jingga pula di bahagian bawah. Satu atau lebih alat penebuk lubang akan di letakkkan sebelah menyebelah dengan bendera dan kod kawalan. Kod kawalan merupakan salah satu fakta untuk mendapatkan lokasi check point seterusnya. Kebanyakkan peserta akan mencatatkan kod kawalan di atas kad kawalan yang di simpan dalam satu kotak. Tujuannya untuk memastikan penebukan lubang di bahagian kad kawalan yang salah tidak akan berlaku semasa berada di sesuatu check point.




Jenis-jenis Orienteering
  • Orienteering Merentas Desa (Cross Country Orienteering)
  • Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
  • Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
  • Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
  • Orienteering Malam (Night Orienteering)
  • Orienteering Berganti-Ganti (Relay Orienteering)
  • Norwegian Event
Langkah-langkah Keselamatan
  • Semasa menjalankan aktiviti orienteering, peserta memakai pakaian yang bersesuaian dan dapat melindungi tubuh daripada mendapat luka.
  • Memastikan peti kecemasan mengandungi ubat-ubatan dan keperluan lain mencukupi.
  • Membawa peralatan seperti wisel, parang, lampu suluh, nilon untuk tujuan keselamatan dan memudahkan perjalanan.
  • Dilarang berehat di bawah pokok yang mempunyai dahan yang reput.
  • Jika menjumpai kesan tapak tapak kaki yang mencurigakan atau binatang buas segera meninggalkan tempat tersebut.
  • Dilarang tidur di dalam hutan
  • Jika sesat, tiup wisel untuk menarik perhatian orang yang berhampiran.
  • Jika mengalami kecederaan segera meminta pertolongan daripada orang yang terdekat.
  • Jika kompas gagal berfungsi, ini mungkin disebabkan oleh bahan-bahan galian, kabel elektrik atau batu yang mempunyai medan magnetik, peserta harus meninggalkan tempat tersebut dan mencari tempat di mana kompas dapat berfungsi dengan baik.


SELAMAT BERORIENTEERING! =)

No comments:

Post a Comment